Popular Posts

Monday 16 May 2011

11 SEBAB KENAPA ANDA TAK KAYA

11 SEBAB KENAPA ANDA TAK KAYA

1. MATLAMAT YANG TIDAK JELAS (tidak spesifik)

Ramai orang tidak pasti apa sebenarnya yang mereka kehendaki. Matlamat mereka terawang2.

Spesis ni hanya duduk dalam angan2...bahaya ni virus angau mcm ni sebab hanya dengan BUAT baru DAPAT.

2. MATLAMAT YANG BERUBAH-UBAH

Ramai orang kerap mengubah matlamatnya seperti aku ingin membeli kereta idamanku BMW tapi Merce pun ok, semalam aku tengok Honda Accord pun best tapi kawan aku cakap kalu nak beli, beli Toyota Camry....akhirnya dia duduk dalam angan2 jer.

Spesis ni macam Balik Sesumpah, kejap nak ni kejap nak ni...akhirnya hidupnya penuh dengan disebalik misteri....

3. TIDAK REALISTIK

Ramai orang meletakkan impian secara tak masuk akal. Aku bulan pertama buat business ni aku nak RM1 juta. Dapat RM1 juta aku terus nak beli rumah, kereta, henfon bla bla bla....ini perkara yang tidak realistik. Buat matlamat yang logik & berpatutan seperti aku nak RM20,000 untuk bulan pertama.

Spesis ni bukan tamak tapi senak! senak nak macam2 tapi keje tak nak buat...akhirnya bukan realistik tapi plastik!

4. TIDAK BERMULA & BERALASAN

Ramai orang hanya ingin berjaya tetapi hakikatnya belum bermula...aku memang nak buat perubahan tetapi buat masa ni aku sedang sibuk....akhirnya spesis seperti ini kekal hidup macam ni sampai ke tua (dangerous minded).

Sepsis ni sangat banyak dalam dunia...habis 1 kampung dicanangkan aku akan kaya tetapi x pernah bermula. Bila dah sedar diri...dia akan salahkan orang lain.

5. TIDAK SERIUS, TIDAK KOMITED & TIDAK SANGGUP BERKORBAN

Ramai orang nak berjaya tetapi tidak serius untuk memulakan perubahan. Perubahan bermaksud melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Aku nak berjaya tetapi aku tak sanggup tinggalkan anak bini aku kat rumah, aku juga tak sanggup tinggalkan kerja aku sebab aku takut gagal.

Spesis ni bukan sayang anak bini tetapi suka menganiayai anak bini sebab bila bini bgtau brg dapur dah habis, dia menjawab ala...ulat dalam batu pown boleh hidup....spesis ni kalu campak kat laut bukan saje berubah warna laut tetapi mengeluarkan bau yg sangat busyuk sebab menzalimi diri sendiri.

6. TIDAK IKUT PLAN

Ramai orang gagal kerana bekerja tidak ikut plan. Mengikut plan dia harus bermula hari ini tetapi hari ini dia beralasan dan bertangguh. Ketahuilah bertangguh inilah sikap yang paling BAHAYA untuk berubah.

Spesis ni namanya cawan penuh. Apa pown kita cakap semuanya dia dah tau, semuanya x betul sebaliknya dia pulak yang ajar kita cara yang betul kononnya....tinggalkan je.

7. BERI TANGGUNGJAWAB PADA ORANG LAIN

Ramai orang nak berjaya tetapi tak mau ambil tanggungjawab dan menyerahkan pada orang lain untuk membantunya. Memang pada peringkat awal orang lain akan membantu tetapi lama-kelamaan orang lain bosan membantu anda sebab anda tidak serius nak membantu diri anda.

Spesis ni hati2 sebab suka ambil kesempatan. Duit nak kerja x nak....sebab tu spesis ni mulut manis akal sadis...hihi

8. MUDAH MENGAKU KALAH & PUTUS ASA

Ramai orang berjiwa kecil. Baru melakukan beberapa tugasan kecil tetapi dah rasa kecewa & lemah. Sedangkan tugasan yang dilakukan itu adalah tugasan yang pernah dilakukan oleh ramai jutawan. Spesis ni akan kekal berkarat selamanya.

Spesis ni lembik...kalu lembik wat ape pown tak bole jadi. Bahaya kalu kita selalu bersama spesis ni sebab dia boleh mendorong kita jadi lembik, lemah & silap2 kita lak yg teringat putus asa....jauhkan!!!

9. TIDAK MENGAWAL KEWANGAN

Orang yang mula mendapat pegang duit banyak menjadi 'dismanage' sebab banyaknya bende yang dia nak beli sedangkan dia lupa matlamat asalnya. Untuk menguruskan kewangan...tanyalah pari-pari hehe...

Spesis ni ramai sangat sebab tu penghutang kad kredit kononnya standard....pari-pari xde kad kredit tapi guna kad debit je skunk!

10. MUDAH DIPENGARUHI IDEA ORANG LAIN

Ramai orang nak berubah tetapi sering merujuk pada orang yang salah seperti sedara-mara, rakan2. Masa tulah mereka akan melobi2 supaya jangan teruskan apa yang kita nak buat. Entah bila tiba2 mereka jadi consultant, advisor, motivator! Kononnya mereka begitu cakna kat kita....orang yg camni mudah je, anda katakan padanya semula, ok aku tak join mana2 biz sebab aku dengar kata kau...tapi aku minta dari kau 2 perkara : 1) kalau aku tak buat biz ni, engkau cadangkan aku buat ape? 2) kalau aku susah lepas ni boleh kau tolong aku?

Spesis ni memang nampak sangat bangang + bengap.

11. TIADA MENTOR

Ramai orang nak berjaya tetapi tiada rujukan, panduan, Mentor ni sebagai 1 motivasi untuk kita berjaya sepertinya. Bukan kita mengagungkannya tetapi kita meminta aura mentor tersebut seperti semangatnya, penampilannya, cara bercakapnya, cara pengurusan kewangannya dsbgnya.

HARI INI, KITA FAHAM KENAPA RAMAI ORANG TAK KAYA SEBAB APA YANG ORANG KAYA BUAT ORANG MISKIN TAK SUKA BUAT.

SIKAP ORANG KAYA IALAH SUKA MENGAMBIL PELUANG SEDANGKAN SIKAP ORANG MISKIN SUKA BERALASAN.

95% ORANG TIDAK BERJAYA & BELUM MAHU MENJADI KAYA SEBAB MEREKA SUKA MEMBERI ALASAN AKU TIADA MASA...

No comments:

Post a Comment